Ain BlueSky: CERPEN : Cinta Strawberi Cupcake

Entry About Shout Friends Follow D'Board





  • Hi, Assalamualaikum !Welcome to my blog.Hope you enjoy it !


owner

Contact Me

credits
16:00 | 0 Cloud(s)
CERPEN : Cinta Strawberi Cupcake









Kting , kting. Bunyi pintu kedai cupcake Sarah dibuka. Seorang jejaka tampan memakai kemeja biru masuk . Kemejanya yang berjalur melintang menampakkan kehensemannya. Sarah yang sibuk melayan pelanggan terus mengalihkan pandangan pada jejaka itu . Jejaka itu melemparkan senyuman pada Sarah . Sarah membalas lembut .
               
            “ Excuse me, kat sini cupcake ape yang sedap ? “. Tanya lelaki itu pada Sarah yang kuat mengelamun. “ Oh, maaf. Apa tadi encik ? “. Ulang Sarah bertanya.  “ Kuatnya awak mengelamun. Awak ni kerja kat sini makan gaji buta ke ? “. Perli lelaki itu . “Saya tanya ape cupcake yang sedap, yang terbaik kat sini ? Nak saya ulang ke ?”. Sambungnya . “ Oh, kat sini kita ada macam-macam cupcake yang sedap-sedap.. .Yang paling saya suka cupcake strawberry ! Sedap sangat encik..  Encik rasalah! Mesti encik makan sekali nak lagi ! “. Kata Sarah bersungguh. Lelaki itu memandang Sarah dengan wajah yang ‘pelik’ . Keningnya berkerut.  Sarah perasan dirinya dipandang. Tersipu-sipu malu dibuatnya .

            “ Oklah, saya nak awak buatkan saya cupcake strawberry tu. Special punya .Saya nak awak tulis kat situ , ‘Happy Birthday Sayang’ .Cupcake tu buat kekasih saya .Esok Birthday dia “. Terang lelaki tu . “ Ok, itu je ? bila encik nak ambik ? “. Soal Sarah . “Cupcake tu kalau boleh saya nak esok pagi . Pagi esok dalam pukul 10 saya datang ambik. Kedai ni dah bukak kan pukul 10 ?” .Soal lelaki itu lagi . “ Ok, kalau macam tu malam nanti saya siapkan. Maaf encik, nama encik apa ? Saya nak tulis dalam buku list pelanggan saya ni “. Soal Sarah lagi .” Nama saya Fakhrul. .. Fakhrul Razi anak Datuk Hasif .Jangan lupa esok saya datang balik. Kalau takde apa-apa lagi, saya pergi dulu… Terima kasih ye” .Sarah pantas mencatat nama lelaki itu sambil mengangguk-angguk tanda faham. ‘ Kting’ , ‘Kting ‘ ,Fakhrul membuka pintu sambil berlalu .Tidak sempat Sarah membalas ucapan terima kasihnya. Sarah mengeluh kecil.

Keesokan hari ,10. 45 pagi …

            ‘ Kting’ ,’ kting’ .Pintu kedai cupcake dibuka .Seorang jejaka masuk . Semerbak bau minyak wangi ‘Polo’ di dalam kedai Sarah . “Hai, saya Fakhrul Razi . Semalam saya ada order cupcake strawberi dengan sorang pompuan ni. Dia ada ? “. Soal Fakhrul kepada salah seorang pekerja yang ada di kaunter.  “ Sape nama perempuan tu encik ? “. Balas pekerja tersebut . “Oh, saya tak tahu lah nama dia apa. Saya , saya lupa nak tanya semalam ..Tapi perempuan tu dia kulit putih kemerah-merahan sikit .Pakai cermin mata . Lepas tu rasanya ada tahi lalat kecik kat pipi dia “ .Jelas Fakhrul .” Oh, cik Sarah ke yang encik maksudkan ? Dia ada kat dalam. Nanti saya panggilkan “. Berlalu pekerja itu kearah dapur kedai cupcake. Tidak sampai 5 minit Sarah keluar dengan muka kemerah-merahan . “Ah, encik Fakhrul .Sudah lama menunggu ?Maaf, saya ada kerja sikit dekat dapur tadi.  Kejap ye, saya ambilkan pesanan encik semalam”. Tanpa sempat Fakhrul memberitahu tujuannya kemari, Sarah sudah  tahu terlebih dahulu. Beberapa minit kemudian, Sarah keluar dengan sebuah kotak besar yang comel. “ Nah encik ,ini cupcake yang encik Fakhrul pesan. Cubalah encik Fakhrul buka. Tengoklah “. Pinta Sarah. “Eh, takpelah. Saya percayakan awak, lagipun saya dah lewat  ni. Pukul 11 kejap lagi saya dah janji ngan dia nak jumpa. Takut lewat plak. Berapa ye ? “. Fakhrul kelihatan tergesa-gesa hingga tidak sempat lihat cupcake tersebut. “ Ah, 45 ringgit encik” . Jawab Sarah pendek. Dompet yang berwarna coklat  jenama Crocodile yang diselitkan di poket seluar belakang  dikeluarkan. RM 50 diletakkan atas meja. “ Nah, awak simpan jelah baki dia .. ” . Fakhrul terus berlalu pergi tanpa sempat Sarah membalasnya. Tergamam Sarah.

2 hari kemudian,
            Pintu Kedai cupcake dibuka dan dihempas .Seorang lelaki dengan wajah bengis masuk. Terkejut pelanggan dan pekerja di dalam kedai. Seorang pekerja lelaki terus keluar mendengar pintu kedai dihempas ,Amad namanya. Amad terus menuju kepada Fakhrul. “ Selamat datang encik ke kedai kami, encik nak cupcake macam mana? “. Soal Amad sambil tersenyum manis .Pintu yang dihempas tadi tidak dihiraukannya. Fikirnya, pelanggan tetap pelanggan. Mungkin setiap pelanggan ada sikapnya tersendiri . Layanan mesra tetap diberikan. Fakhrul mendengus . Wajahnya kelihatan berpeluh-peluh menahan marah. Sepertinya dia sedang mencari sesuatu. Setelah beberapa minit berlalu ,Fakhrul bersuara. “ Aku nak jumpa perempuan tu. Hah… hah .. Aku nak jumpa Sarah “. Suara Fakhrul seperti mencungap-cungap . Penat. “ Tapi kenapa encik ?” . Soal Amad. “ Hey, aku cakap aku nak jumpa dia. Dia ada urusan dengan aku yang belum selesai. Kau nak tahu kenapa ? “ . Tanya Fakhrul. Amad mengangguk-angguk. “ 2 hari lepas aku ada tempah cupcake dia. Kononnya cupcake strawberi speciallah ! Cupcake tu aku tempah khas untuk awek aku. Birthday dia. Dan …. Semalam. Semalam, awek aku tengok kek tu. Lepas tu kau tahu dia buat apa ? “. Amad mengangguk lagi tanpa sepatah pun kata. Hanya mampu mendengar. “  Kau nak tahu ke ?Dia baling cupcake tu !Dia cakap dia tak suka Strawberi !Lepas tu dia putuskan hubungan dengan aku. Kau rasa wajar tak ?? “. Tegas soalan tu pada Amad. Amad menggeleng-gelengkan kepala tanda tidak setuju dengan tindakan perempuan tersebut .
              
               “ Okay,sekarang ni aku nak tanya engkau sekali lagi. Mana Sarah ? Ini semua salah dia.. Gara-gara dia aku putus dengan awek aku .. Aku takkan lepaskan dia… Dia dah hancurkan masa depan aku ! “ . Gertak Fakhrul .Amad yang  ditanya terketar-ketar menjawab. “ err… errrr… saya… saya . Sebenarnya …  Sarah takde kat sini. Dia takde kat KL sekarang ni. Dia… dia, ada kat kampong dia. Kat Kedah.. dia cuti 2 minggu .Sebab dia… “. Tanpa sempat Amad menghabiskan ayatnya, Fakhrul mencelah. “ Cuti ?? 2 minggu ??? Gila ke ape pompuan tu. Dia ingat dia tu boss ke dekat sini !Sesuka hati dia je nak mintak cuti lama-lama ! “. Fakhrul membebel sepertinya kedai ini dia punya je. Semua pelanggan memandangnya kehairanan. Fakhrul tidak menghiraukan pelanggan yang memandangnya .Dia seperti sudah hilang akal mencari Sarah. Tidak  kisah apa kata orang. Perempuan itulah yang difikirkannya buat masa ini. Perempuan itulah yang menghancurkan masa depannya .Aweknya meninggalkannya gara-gara Cupcake yang Sarah buat. “Ahhh ,tak kira .Sekarang ni aku nak alamat dia . Bagi aku ! “. Pandangannya dialihkan pada Amad kembali “. Tersentak Amad dibuatnya. “ Eh, errr … tapi kami tak boleh bagi  maklumat peribadi pekerja kami kat sini. It’s privacy … “. Bahasa omputih Amad sudah keluar sedikit . Fakhrul mendekatkan mulutnya ke telinga Amad sambil berbisik. “ Datuk Hasif … Kenal ?” .Bisikan Fakhrul dibalas Amad dengan anggukan perlahan. “ Fakhrul Razi anak Datuk Hasif .. Itu aku… Aku anak dia. Bila-bila masa je aku boleh saman kedai ni. Dan aku takkan mintak sedikit kalau aku saman… Kau tau .. Sampai bangkrap aku kerjakan.  Sampai ke anak cucu aku akan mintak saman tu. Sampai tujuh keturunan pon ,takkan habis rasanya hutang tu … “. Amad terkejut, matanya menjadi bulat luas mendengar kata-kata Fakhrul. Perlahan-lahan Amad mengangguk perlahan sambil mengambil sebatang pen dan sehelai kertas. Fakhrul yang memandang tersenyum sinis. Amad seorang yang tidak boleh digertak. Dia seorang yang penakut .Walaupun dia pemilik kedai cupcake itu, tapi dia tidak dapat berbuat apa-apa. Digertak sebegitu oleh lelaki gila. Siapa yang tidak takut .Kalau lelaki gila itu mintak 50 ribu sekalipun sanggup diberinya .Asalkan lelaki itu tidak mengganggu kedainya lagi.


Bersambung ....

0 Comment(s)

0 Comments:


Post a Comment